Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Doktor meninggal kerana kemurungan -

Doktor meninggal kerana kemurungan

SEORANG doktor yang meninggal dunia dalam bilik hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan, Jumaat lalu dikatakan kemurungan yang mungkin berkaitan dengan kerjayanya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarga mangsa kepada polis.

“Mangsa dikatakan mengalami kemurungan mungkin disebabkan oleh pekerjaannya.

“Polis juga ada menemui beberapa jenis ubat kemurungan di dalam biliknya,” katanya menurut laporan BH Online.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang wanita yang juga pegawai perubatan hospital kanak-kanak di Petaling Jaya, ditemukan meninggal dunia di hotel di Port Dickson pada petang Jumaat lalu.

Aidi Sham berkata, pada jam 2 petang, polis menerima maklumat daripada pekerja hotel yang menemui seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas katil bilik hotel berkenaan.

“Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah didapati di tempat kejadian. Semakan dari pihak hotel mendapati mangsa mendaftar seorang diri pada 19 Mei lalu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan Klinik Kesihatan Pasir Panjang pada jam 2.56 petang.

“Si mati berusia 37 tahun dan masih bujang,” katanya.

Aidi Sham berkata, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Port Dickson dan punca kematian tidak dapat dikenal pasti.