Penularan cacar monyet: WHO adakan mesyuarat tergempar

0
546

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan mengenai penularan wabak cacar monyet selepas lebih 100 kes disahkan atau disyaki di Eropah.

Kes dilaporkan di sekurang-kurangnya sembilan negara iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Portugal, Sepanyol, Sweden, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, memetik laporan Astro Awani.

Mesyuarat jawatankuasa WHO membincangkan isu itu ialah kumpulan penasihat strategik dan teknikal mengenai bahaya berjangkit dengan potensi pandemik dan epidemik (STAG-IH) yang memberi nasihat tentang risiko jangkitan yang boleh menimbulkan ancaman kesihatan global.

Ia tidak akan bertanggungjawab untuk memutuskan sama ada wabak itu harus diisytihar sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa, bentuk amaran tertinggi WHO, yang kini digunakan untuk pandemik COVID-19.

Ketua Eropah WHO, Fabian Leendertz daripada Institute Robert Koch menggambarkan penularan itu sebagai epidemik.

Bagaimanapun, katanya, sangat tidak mungkin wabak ini akan berpanjangan kerana kes-kes boleh diasingkan dengan baik melalui pengesanan kontak dan terdapat juga ubat-ubatan berkesan yang boleh digunakan jika perlu.

Namun beliau bimbang bahawa jangkitan boleh menular dengan pantas di rantau itu apabila orang ramai berkumpul untuk majlis jamuan dan perayaan sepanjang musim panas.

Tiada vaksin khusus untuk cacar monyet, tetapi data menunjukkan bahawa vaksin yang digunakan untuk membasmi cacar adalah sehingga 85 peratus berkesan terhadap jangkitan itu.

WHO berkata kes-kes awal adalah luar biasa kerana semua kes kecuali satu tidak mempunyai sejarah perjalanan yang berkaitan ke kawasan di mana cacar monyet adalah endemik.

Kebanyakannya dikesan melalui perkhidmatan kesihatan seksual dan dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki serta penyebaran geografi yang luas di seluruh Eropah dan seterusnya menunjukkan bahawa penularan mungkin telah berlaku untuk sekian lama.

Kata WHO, para saintis sedang menyusun virus daripada kes yang berbeza untuk melihat sama ada ia berkaitan.

Agensi itu dijangka memberikan kemas kini mengenainya tidak lama lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here