KEPUTUSAN Netflix memberhentikan seramai 150 orang pekerja baru-baru ini mencetuskan perdebatan adakah benar kesan ekonomi yang sedang dirasai kebayakan negara memberikan kesan kepada semua.
Sedangkan kebanyakan pendapat pula menganggap aplikasi penstriman sudah pun memasuk fasa terakhir ‘kemegahan’ dan kebanyakan pengguna enggan lagi berbelanja untuk hal yang satu itu.
Tindakan syarikat penstriman Netflix membuang pekerja dilihat sebagai satu usaha untuk mengurangkan kos memandangkan mereka kehilangan sejumlah pelanggan suku pertama tahun ini.
Menurut laporan media antarabangsa, pemberhentian pekerja membabitkan sektor filem dan TV yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Nilai pasaran saham Netflix yang menurut sebanyak AS$60 bilion juga membuatkan pelabur panik dengan keadaan semasa yang berlaku.
Kehilangan pelanggan secara besar-besaran juga didedahkan oleh syarikat berkenaan sehingga terpaksa membuang 150 pekerja bersamaan dengan 1.3 peratus daripada keseluruhan pekerja sedia ada.
Sebelum ini syarikat tersebut menggajikan 11,300 pekerja di seluruh dunia dan mereka sudah pun memberhentikan 25 dalam bidang pemasaran.
“Seperti dijelaskan, pertumbuhan pendapatan yang perlahan bermakna kami juga perlu memperlahankan pertumbuhan kos sebagai sebuah syarikat.
“Perubahan ini didorong oleh keperluan perniagaan berbanding prestasi individu. Malah, sejumlah agensi kontraktor turut terjejas dengan keputusan ini,” kata jurucakap Netflix.
Namun begitu, Netflix menyalahkan pertumbuhan pendapatan perlahan dan penggantungan perkhidmatan di Russia susulan peperangan ke atas Ukraine.–SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.