Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ahmad Faizal harap kontinjen negara terus buru pingat -

Ahmad Faizal harap kontinjen negara terus buru pingat

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap atlet negara terus berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan koleksi pingat di Sukan SEA ke-31 di sini. 

Selepas mencapai sasaran 36 pingat emas semalam, beliau mahu kontinjen negara meneruskan semangat juang mereka pada dua hari terakhir temasya sebelum perasmian penutup pada Isnin ini. 

“Insya-Allah (akan ada lagi), kita sama-sama doakan. Pada awalnya kita menanti nak capai 36 emas, kini kita dah capai 37, dan kita menantikan agar dapat lebih daripada sasaran yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di Hanoi Sports Training and Competition Center. 

Terdahulu beliau menyaksikan atlet angkat berat negara Muhammad Erry Hidayat meraih gangsa kategori 73kg lelaki dengan memperbaharui rekod kebangsaannya selepas melakukan angkatan sejumlah 316kg.

Sementara itu, Ahmad Faizal juga berharap dua atlet muda negara yang akan beraksi di final muay esok, dapat memberikan cabaran untuk tuai emas. 

“Mereka telah beraksi dengan baik setakat ini, saya rasa ada peluang yang cukup tinggi walaupun berdepan lawan dari negara yang dianggap pilihan. Walaupun turun selaku underdog, berjuang habis-habisan dan cuba membawa pulang emas,” tambahnya. 

Esok, Nur Amisha Azrilrizal bakal dicabar oleh Srila Oo Wansawang dari Thailand pada final acara wanita elit bawah 51kg, manakala Ahmad Nor Iman Aliff Rakib akan bertemu wakil tuan rumah Huynh Hoang Phi pada final lelaki elit bawah 54kg.

Setakat 3 petang waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia), Malaysia telah meraih 37 pingat emas, 40 perak dan 81 gangsa. –Bernama