Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kanada haramkan Huawei, ZTE -

Kanada haramkan Huawei, ZTE

SELEPAS Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan United Kingdom, kini kerajaan Kanada mengharamkan produk dan perkhidmatan Huawei dan ZTE serta memberi arahan kepada syarikat-syarikat supaya menghentikan penggunaannya, kata Menteri Inovasi, Sains dan Industri Francois-Philippe Champagne.

“Hari ini, sebagai sebahagian daripada langkah memastikan keselamatan jangka panjang infrastruktur telekomunikasi Kanada, kerajaan bersetuju melarang kemasukan produk dan perkhidmatan Huawei dan ZTE dalam sistem telekomunikasi negara,” kata Champagne dalam satu kenyataan pada Khamis.

Champagne menegaskan keputusan kerajaan itu dibuat selepas semakan menyeluruh oleh agensi keselamatan bebas dan berunding dengan sekutu terdekat Kanada, lapor Sputnik.

“Oleh itu, syarikat telekomunikasi yang beroperasi di Kanada tidak lagi dibenarkan menggunakan peralatan atau perkhidmatan yang disediakan oleh Huawei dan ZTE,” kata Champagne.

“Selain itu, syarikat yang sudah menggunakan dan memasang peralatan itu dalam rangkaian mereka  dikehendaki menghentikan penggunaannya dan mengeluarkannya. Kerajaan bercadang untuk melaksanakan langkah-langkah itu sebagai sebahagian daripada agenda yang lebih luas untuk mempromosikan keselamatan rangkaian telekomunikasi Kanada dan berunding dengan industri.”

Keputusan itu menjadikan Kanada ahli kelima dan terakhir kumpulan perkongsian risikan Five Eyes yang mengeluarkan larangan atau menyekat akses Huawei kepada rangkaian 5G negara itu atas kebimbangan pengintipan. Langkah itu sudah dilakukan Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan United Kingdom.

— BERNAMA