Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua pelatih Puspen lemas ketika mandi tasik -

Dua pelatih Puspen lemas ketika mandi tasik

DUA pelatih lelaki Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) ditemukan lemas ketika mandi tasik di pusat pemulihan itu yang terletak di Kampung Kundang Patah, Raub pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata mayat mangsa pertama berusia 43 tahun ditemukan pada kedalaman 10 meter pada 4 petang tadi, manakala mangsa kedua 37 tahun ditemukan empat minit kemudian pada kedalaman lapan meter.

“Pasukan bomba telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan melakukan pencarian di permukaan air dan menggunakan peralatan grappling iron,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.04 petang, sebelum tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub digerakan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi lebih sejam itu.

— BERNAMA