Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Cubaan seludup dadah bernilai RM1 juta guna kurier, kargo KLIA tumpas -

Cubaan seludup dadah bernilai RM1 juta guna kurier, kargo KLIA tumpas

POLIS berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam dua kes berasingan, sepanjang bulan Mei, menurut laporan dikeluarkan Bernama.

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Imran Abd Rahman dalam sidang media pada Khamis berkata dadah jenis syabu seberat 28 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1 juta itu dirampas di kawasan Kompleks Kargo KLIA pada 8 dan 11 Mei lepas.

Dalam kes pertama, polis telah menemukan dadah seberat 3kg yang disorok dalam satu unit ketuhar gelombang mikro, dipercayai untuk dihantar ke Tawau, Sabah.

Bagi kes kedua pula, dadah seberat 25kg ditemui disorokkan dalam dua unit alat pembesar suara yang hendak dihantar ke Tawau dan Kuching, Sarawak.

Beliau berkata, sindiket yang terlibat dipercayai menggunakan syarikat penghantaran barangan yang baharu dibuka di kawasan Lembah Klang.

“Siasatan mendapati pengirim menggunakan butir diri dan alamat palsu. Butir diri dan alamat penerima juga didapati palsu,”

Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan proses siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Imran berkata, sejak awal tahun ini, pihaknya telah menggagalkan beberapa cubaan menyeludup dadah melalui Kompleks Kargo KLIA, dengan hasil tangkapan dianggarkan 56kg yang bernilai RM2 juta.