PENANTIAN pengguna untuk mendapatkan Perodua Alza baharu semakin menemui penamat apabila sebilangan pengedar sudah mula menerima tempahan meskipun masih pengumuman rasmi masih belum dikeluarkan pihak Perodua.
Menerusi sebuah perkongsian di kumpulan Facebook Peroda Alza Generasi Kedua 2022, ia mendakwa tempahan untuk model baharu, iaitu Perodua Alza D27A ini sudah dibuka dengan tiga varian ditawarkan, X, H dan AV.
Perkongsian itu juga mendakwa pelancaran akan dilakukan pada bulan Jun dengan harga ditawarkan sebanyak RM69.000
Sekiranya hendak melihat kepada potensi pelancaran tersebut diadakan bulan hadapan, perkara ini bertepatan dengan makluman daripada Perodua yang menyatakan pengeluaran model lama Alza telah dihentikan hujung bulan April.
Sebelum ini, model lama, yang juga dikenali sebagai Perodua Alza D46T itu dijadualkan untuk tidak lagi dihasilkan pada bulan Januari namun, tarikh itu terpaksa ditunda berikutan banjir, perintah kawalan pergerakan dan kekangan lain.
Makluman itu juga menyebut bahawa pengeluaran bagi model D27A akan bermula setelah keputusan untuk tidak menyambung operasi produksi D46T dimuktamadkan.
Melihat kepada perihal harga pula, ia juga tidaklah terlalu jauh daripada harga yang ditawarkan untuk model lama Perodua Alza dengan harga antara RM49,944 dan RM60.525 ketika ini.
Sekiranya ditawarkan pada harga RM69,000, ini akan menjadikan kereta dengan rekaan baharu ini lebih mahal berbanding Perodua Ativa yang dijual pada harga RM61,500.
Perodua Alza D27A ini menampilkan reka bentuk baharu yang lebih elegan, menggantikan model baharu yang sudah berada di pasaran lebih 13 tahun.
Antara ciri yang menarik bagi model ini termasuk penggunaan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), yang turut digunakan dalam Ativa CKD dan Toyota Avanza serta Daihatsu Xenia yang terkini.
Untuk enjin pula, dijangkakan unit terkini Avanza akan menampilkan 2NR-VE 1.5 liter NA Dual VVT-I empat silinder yang digandingkan bersama D-CVT untuk menyalurkan tenaga ke roda hadapan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.