Anggota polis disaman guna telefon bimbit ketika memandu

0
370

TINDAKAN seorang anggota polis menggunakan telefon bimbit sambil memandu kereta Proton Preve pasukan keselamatan tersebut Preve di Lebuhraya Persekutuan menghala Petaling Jaya, semalam, membawa padah apabila disaman.

Sebelum itu video perbuatan anggota polis tersebut yang berdurasi 14 saat menjadi tular dalam dalam sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 9 pagi semalam anggota polis yang terlibat telah dipanggil untuk siasatan.

“Saman telah dikeluarkan terhadap pemandu tersebut di bawah Kaedah 17(A) LN 166/59,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Mohamad Fakhrudin berkata, kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika menjalankan tugas,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here