Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
India lakar sejarah, juarai Piala Thomas buat pertama kali. -

India lakar sejarah, juarai Piala Thomas buat pertama kali.

INDIA melakar sejarah tersendiri mereka apabila berjaya muncul sebagai johan Piala Thomas edisi 2022 selepas berjaya menewaskan juara bertahan, Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir.

Pemain perseorangan utama India, Lakshya Sen memastikan negaranya bermula dengan langkah kanan dalam perlawanan tersebut, apabila berjaya menumpaskan pemain kelima dunia, Anthony Sinisuka Ginting.

Lakshya ternyata bangkit setelah tumpas dalam set pertama 21-8, sebelum memastikan perlawanan dibawa ke set penetuan apabila menewaskan lawannya 21-17.

Pemain di kedudukan kesembilan dunia itu kemudiannya mencatatkan kemenangan 21-16n bagi meraih mata pertama berharga buat India.

Perlawanan kedua menyaksikan beregu Satwiksairaj Rankrieddy-Chirag Shetty menambah mata berharga buat negara mereka, apabila menewaskan beregu lawan, Mohammad Ahsan-Kevin Sanjaya Sukamuljo dalam set penentuan.

Beregu India itu pada mulanya tersungkur dalam set pertama 21-18 sebelum menunjukkan kebolehan mereka apabila menewaskan pasangan Indonesia itu 23-21 dan 21-19 dalam set penentuan.

Piala Thomas akhirnya sah menjadi milik India selepas pemain berusia 29 tahun, Srikanth Kidambi mengesahkan kemenangan setelah menumpaskan pemain di kedudukan kelapan dunia, Jonathan Christie.

Perlawanan selama 48 minit yang berakhir 21-15, 23-21 itu menyaksikan India muncul sebagai juara Piala Thomas buat julung kalinya.