Daripada pengganti, Izzue Islam jadi pengacara tetap

0
367

KALAU sudah namanya rezeki pasti tidak ke mana. Itu juga situasi yang dialami oleh pelakon Izzue Islam apabila dia diberikan peranan mengacarakan rancangan I Can See Your Voice (ICSYV5) untuk musim kelima.

Pada awalnya dia hanya diminta untuk menggantikan pengacara lain pada episod pertama dan akhirnya, pihak produksi memberikan tanggungjawab sehingga ke akhir musim.

“Berawal daripada menggantikan hos asal yang tidak dapat menjayakan episod pertama, sudahnya saya diberikan tanggungjawab menjadi hos sampai ke episod terakhir.

“Memang saya terkejut apabila pihak produksi menawarkan peluang tersebut. Sebagai pengganti, saya teruja apabila mereka percaya dan memberikan peranan tersebut,” katanya dalam satu sidang media baru-baru ini.

Dalam pada itu, wujud kata-kata kurang manis apabila ada yang mendakwa dia ‘merampas’ terus posisi berkenaan.

Menafikan persepsi berkenaan, Izzue menganggap ini merupakan rezekinya dan tidak ada kena mengena dengan isu rampas seperti yang diperkatakan.

“Semua ini adalah rezeki dan bukannya berkaitan dengan hal lain. Saya beruntung kerana dapat bekerjasama dengan Ain Edrucee yang banyak memberikan panduan.

“Dia sudah berpengalaman mengacara banyak rancangan dan banyak membantu saya dalam mengendalikan ICSYV5. Jadi semuanya jadi lancar sahaja,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Sean Lee dan Shuk Sahar begitu sinonim dengan rancangan ini dan pastinya musim baharu kali ini gandingan antara Izzue dan Ain akan memberikan lebih kesegaran kepada penonton.

Pun begitu, Izzue berterima kasih kepada Sean yang banyak memberikan ilmu kepadanya untuk mengacarakan rancangan yang diambil formatnya dari Korea Selatan ini.

“Sean banyak memberikan perkongsian dan input untuk menambahkan tarikan kepada program ini.

“Saya sedia maklum dan bersedia untuk menerima apa sahaja kritikan daripada penonton. Mana yang kurang akan saya tambah baik pada masa hadapan,”tambahnya lagi.

Memulakan siaran episod pertama semoena Syawal tempoh hari, ICSYV5 disiarkan setiap hari Ahad pukul 9 malam di TV3.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here