KEPUTUSAN sama ada Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah atau dibebaskan daripada pertuduhan kes rasuah projek hibrid solar, akan diketahui 7 Julai depan.
Sinar Harian melaporkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Khamis.
Rosmah, 71, dituduh meminta sejumlah wang bernilai RM187.5 juta dan menghadapi dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM6,5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holding Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.
Beliau didakwa menerima rasuah tersebut melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran daripada Jepak Holdings bagi memperolehi projek bernilai RM1.25 bilion itu.
Rosmah diwakili barisan peguam antaranya, Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pihak pendakwaan.
Pada 18 Februari 2021, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah memerintahkan tertuduh untuk membela diri atas tuduhan rasuah berkaitan projek tenaga hibrid solar yang akan membekalkan tenaga kepada 369 sekolah di kawasan pedalaman Sarawak.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.