Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Orang ramai dinasihati waspada panggilan palsu menyamar pegawai MCMC -

Orang ramai dinasihati waspada panggilan palsu menyamar pegawai MCMC

ORANG ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang mendakwa orang dihubungi telah melakukan kesalahan.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan peringatan itu susulan pihaknya menerima aduan daripada seorang pengadu yang telah menerima panggilan daripada individu bernama Mohd Azim Abdul Aziz yang memberitahu bahawa talian telefon pengadu telah menghantar pautan-pautan judi dan lucah ke serata telefon di Negeri Sembilan.

“Justeru, pengadu terbabit dikehendaki membuat aduan dalam tempoh 30 minit dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian boleh menyebabkan talian telefon pengadu disekat dan disenaraihitamkan oleh pihak penyedia perkhidmatan.

“Adalah dimaklumkan bahawa individu yang dimaksudkan iaitu Mohd Azim Abdul Aziz bukan kakitangan MCMC dan tidak pernah berkhidmat dengan pihak suruhanjaya,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan suruhanjaya itu lazimnya dilakukan mengikut saluran rasmi seperti laman sesawang atau platform media sosial MCMC dan bukannya menggunakan nama individu, penggunaan bahasa yang meragukan serta nombor telefon bimbit persendirian.

Sehubungan itu, orang ramai digesa untuk tidak mudah terpedaya dengan panggilan sedemikian oleh pihak tidak dikenali dan segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. – Bernama