Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027

0
593

MALAYSIA telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA edisi ke-34 pada 2027 oleh Persekutuan Sukan SEA (SEAGF).

Perkara itu diumumkan Pengerusi Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang menyatakan keputusan itu dibuat selepas Ahli Majlis SEAGF bersetuju akan perkara itu semasa mesyuarat yang berlangsung di Vietnam, pagi Khamis.

“Kami ingin berterima kasih kepada pihak SEAGF di atas kepercayaan yang diberikan kepada MOM untuk penganjuran Sukan SEA.

“MOM akan mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu setelah mereka pulang ke nagara,” katanya, menerusi satu kenyataan, seperti dilaporkan Bernama.

Ini adalah kali ketujuh negara menjadi tuan rumah bagi temasya sukan ini sejak kali pertama, iaitu pada tahun 1965.


Laos pada asalnya dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran pada tahun 2027, namun negara itu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan mereka.

Mesyuarat itu juga telah bersetuju memilih Singapura untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA 2029, yang juga menjadi kali kelima bagi negara tersebut.

Kemboja dijadual untuk menganjurkan temasya sukan itu buat kali pertama dari 5 hingga 16 Mei tahun depan, sementara Thailand akan menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA 2025.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here