Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lima rentung kemalangan berhampiran Terowong Menora malam tadi -

Lima rentung kemalangan berhampiran Terowong Menora malam tadi

LIMA individu rentung dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan treler di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, tengah malam Rabu.

Maklumat awal kejadian sekitar 12.52 malam itu memaklumkan, semua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan dua kenderaan terbabit.

Punca kejadian dan identiti semua mangsa masih belum diperoleh setakat ini, lapor Sinar Harian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria ketika dihubungi berkata, setakat jam 4 pagi, kerja-kerja mengeluarkan mangsa masih dilakukan.

“Lima mangsa yang rentung merupakan pemandu dan penumpang kereta dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Menurutnya, kereta jenis yang belum dikenal pasti itu telah terbakar 90 peratus.

“Treler membawa muatan besi terbabit turut mengalami kebakaran 90 peratus, begitupun pemandu kenderaan berat itu dilaporkan selamat,” katanya.

Operasi menyelamat turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Kamunting dan Ipoh.