Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lima pelajar maut, USAS ucap takziah -

Lima pelajar maut, USAS ucap takziah

LIMA mangsa yang dilaporkan rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara malam Rabu tadi, dikenal pasti sebagai pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Sinar Harian melaporkan, mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 tahun, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hasan ketika dihubungi mengesahkan bahawa kesemua daripada mangsa adalah penuntut universiti tersebut.

Menurutnya, dua daripada mereka merupakan pelajar diploma sementara tiga yang lain adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda.

“Kita juga telah memaklumkan perkara ini kepada keluarga mangsa untuk hadir ke hospital bagi tujuan pengecaman. Kita akan cuba bantu apa yang diperlukan bagi memudahkan segala urusan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan nahas menerusi akaun Facebook peribadinya.

“Innalillahi wainna ilahi raajiuun. Allah jua yang mengasihi lima pelajarkami yang meninggal kerana kemalangan pagi ini,”

Terdahulu, lima individu rentung setelah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan dua treler yang masing-masing membawa besi dan mozek.