Remaja hilang ketika mandi ditemui mati lemas

0
213
GAMBAR HIASAN

SEORANG remaja lelaki berumur 16 tahun ditemui mati lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi di sungai Kampung Baru Durok, Keningau.

BH Online melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Al Sharil ditemui orang awam di Sungai Padas di Kampung Labi Gadong, Beaufort, sebelum dimaklumkan kepada pihak bomba kira-kira jam 5 petang, pada Selasa.

Jurucukap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang ramai.

“Pihak bomba membantu mengeluarkan mayat sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Mayat seterusnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Beaufort untuk tujuan pengecaman,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sabtu lalu, Al Sharil dilaporkan hilang ketika mandi bersama keluarganya di sungai tersebut dalam kejadian pada kira-kira jam 5.30 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here