Hubungan bermasalah? Brian umum keluar Sheila On 7

0
358

“Ia benar, Brian sudah keluar daripada kumpulan Sheila On 7,” ungkap Adam mengesahkan berita pengunduran drummer kumpulan berkenaan.

Sejak beberapa hari lalu sudah kedengaran berita yang kurang enak untuk peminat kumpulan tersebut. Namun pada Selasa, teka teki mengenainya sudah terjawab.

Meskipun pengunduran Brian begitu mengejutkan peminat Sheila On 7 (SO7), namun mereka menghormati keputusan yang telah dibuat meskipun berat hati menerimanya.

Adam tidak mahu menjelaskan secara terperinci apalah punca masalah antara mereka dan menganggap ia kekal menjadi rahsia mereka bersama.

Jelas Brian, mereka menyalurkan berita tersebut kepada Sheila Geng- panggilan untuk peminat kumpulan yang berasal daei Yogyakarta terlebih dahulu sebagai tanda hormat kepada mereka.

“Kalau diumumkan secara terbuka, bukan semua peminat SO7. Jadi kami beritahu Sheila Geng dahulu sebelum ia tersebar.

“Kenapa sampai terjadi begitu sedangkan SO7 sendiri masih aktif? Kami sudah. Kami sudah bincang dan memang hasil akhirnya tetap begitu, semuanya sudah rasmi,” kata Adam mewakili Duta dan Eross.

Sebagai sebuah band berpengaruh di Indonesia dan Malaysia, pengunduran Brian begitu menyedihkan sebahagian besar peminat.

Pun begitu, Adam tidak mahu menjelaskan secara terperinci apalah punca masalah antara mereka dan menganggap ia kekal menjadi rahsia mereka bersama.

“Itu antara kunci utama perbincangan antara kami sebelum ini. Apa sahaja yang dibincangkan tidak akan disampaikan kepada umum.

“Ini kan masalah dalaman yang terjadi antara kami, tak perlu didedahkan kepada unum untuk menjaga nama baik Brian dan SO7 juga,” tambahnya lagi.

Bagi mereka yang mengikuti perjalanan SO7, banyak lagu-lagu dendangan mereka menguasai muzik Malaysia pada tahun 2000-an.

Lagu-lagu seperti Sephia, Berhenti Berharap, Seberapa Pantas dan Sebuah Kisah Klasik sangat dekat dengan peminat di sini sehingga membawa mereka berkali-kali hadir ke sini melakukan konsert berskala besar.

Sepanjang perjalanan, SO7 pernah dianggotai oleh Duta, Adam, Eross, Sakti dan Anton meski banyak perubahan formasi dilakukan sejak penubuhannya.

Pada Oktober 2004, Brian masuk menggantikan Anton yang mengundurkan diri. Dua tahun kemudian, Sakti pula mengundurkan diri kerana mahu menyambung pendidikan di Pakistan.

Namun kini band ini hanya tinggal Duta, Eross dan Adam untuk menyambung legasi Sheila On 7.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here