Sukan SEA 2022: Yan Yee sumbang emas kelima negara

SUKAN terjun terus menjadi lubuk buat kontinjen Malaysia menuai emas dalam Sukan SEA Hanoi dengan Ng Yan Yee menjadi penyumbang emas kelima negara.

Yan Yee ‘mudah’ menewaskan pencabar lain untuk memperoleh emas dalam acara tiga meter papan anjal wanita di Pusat Akuatik My Dinh, sebentar tadi.

Kejayaan itu juga merupakan emas kedua peribadi buat atlet berusia 29 tahun itu selepas memperoleh emas bersama Ong Ker Ying menerusi acara tiga meter papan anjal seirama wanita, semalam.