Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Negara minoriti Islam perlu contohi Malaysia – Idris -

Negara minoriti Islam perlu contohi Malaysia – Idris

AMALAN toleransi dan muhibah yang telah dipraktikkan dan dilaksankan di Malaysia mampu menjadi panduan kepada dunia Islam ketika ini dalam proses menyatupadukan ummah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, sudah tiba masanya untuk negara dengan penduduk minoriti beragama Islam mencontohi Malaysia untuk hidup aman damai bersama kaum muhibah dengan meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Menurut beliau, hal ini kerana lazimnya, negara yang mempunyai penduduk dengan majority beragama Islam mampu bertoleransi dengan kaum lain dengan perkara sebaliknya berlaku dalam negara yang mempunyai penduduk yang minoritinya beragama Islam.

“Asas yang telah kita bina di Malaysia, diharapkan negara lain juga boleh ikut termasuklah dalam kalangan negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam supaya mereka juga boleh meniru bagaimana sikap toleransi dan harmoni yang wujud.

“Malahan, apabila kita telah meletakkan konsep Keluarga Malaysia, keluarga sejahtera yang menggambarkan realiti yang kita ada di negara kita sekarang,” kata Idris selepas berakhirnya persidangan Majlis Komuniti Islam Sedunia di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8 hingga 9 Mei lalu.

Tambah beliau, konsep yang telah lama diamalkan di Malaysia, iaitu melaksanakan dan menterjemahkan fiqh al-Ta’ayush dengan meletakkan tiga prinsip utama dalam membina hubungan persaudaraan yang baik terhadap semua lapisan masyarakat.

Idris juga melihat persidangan julung kali diadakan itu berjaya dengan menghimpunkan idea melalui perbincangan yang dijalankan bersama 105 buah negara, melibatkan 500 perwakilan dalam mendepani cabaran dalam menyatukan ummah.

Katanya, Emiriah Arab Bersatu juga menzahirkan minat untuk menjadikan Malaysia sebagai hos untuk penganjuran edisi berikutnya namun, perkara itu masih di peringkat awal perbincangan.

“Setakat hari ini, kita akan bincang dulu kerana perkara itu membabitkan soal polisi dan sebagainya. Munkin perkara itu boleh dibawa… kita boleh bincang dengan negara penganjur ini untuk kemungkinan mengadakan kerjasama dan sebagainya,” katanya, semalam.

Sempena penutupan persidangan itu, lima resolusi berjaya dicapai antaranya adalah kepentingan penggunaan media tradisional dan baharu dalam membentuk kesedaran kolektif umat Islam bagi dalam semua komuniti dan bahasa bagi membolehkan mereka memahami topik utama yang membimbangkan umat Islam hari ini.

Bertemakan Perpaduan Islam: Konsep, Peluang dan Cabaran, persidangan itu menghimpunkan tokoh Islam sedunia yang dirasmikan Menteri Toleransi dan Kebersamaan UAE, Sheikh Nahyan bin Mubarak Al Nahyan.