Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jangan buat andaian mudah, pandang rendah mana-mana gerakan politik negara – Faiz Naaman -

Jangan buat andaian mudah, pandang rendah mana-mana gerakan politik negara – Faiz Naaman

AHLI Majlis Pimpinan Tinggi BERSATU, Dr. Faiz Naaman berpendapat penganalisis politik tidak sewajarnya memandang rendah dan membuat andaian mudah kepada mana-mana wadah politik di negara ini.

Dia berkata sedemikian sebagai respons terhadap artikel diterbitkan Free Malaysia Today (FMT) yang beranggapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai benteng terakhir bagi Perikatan Nasional (PN).

Hal ini kerana dia melihat analisis yang dikeluarkan pakar politik bukanlah fakta dan bukanlah sesuatu yang semestinya berlaku.

Faiz juga percaya pengalaman lepas telah menunjukkan bahawa ramalan mengenai parti yang dilihat sebagai ‘underdog’ untuk tewas dalam sesebuah pilihan raya tidak melumpuhkan atau menamatkan perjuangan parti berkenaan meskipun tidak memperolehi kejayaan.

“PKR adalah contoh parti yang pernah dan sentiasa diramal untuk “bungkus” jika mereka kalah PRU, namun mereka tetap wujud hingga ke hari ini,” ulasnya lanjut.

Tambahnya, dia turut percaya sambutan dan populariti sesebuah parti tidak menjadi kayu ukur untuk melihat perjuangan dan semangat yang akan diteruskan.

Dalam artikel yang dikeluarkan FMT hari ini, James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania percaya PRU 15 merupakan peluang terakhir bagi PN dalam landskap politik negara.

Artikel itu turut menyebutkan bahawa penganalisis itu percaya PN mampu bertahan sehingga pilihan raya akan datang, namun prestasi yang kurang memberangsangkan akan menghancurkan gabungan itu – SB.