Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ong Kian Ming umum tidak tanding PRU15 -

Ong Kian Ming umum tidak tanding PRU15

AHLI Parlimen Bangi, Ong Kian Ming mengumumkan mahu berehat sementara daripada politik dan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ong, 46, bagaimanapun berkata beliau bukan bersara daripada politik tetapi menilai semula peranannya selepas dua penggal jadi wakil rakyat.

Dalam kenyataan pada Isnin, Ong mengakui keputusan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada MAC lalu, di mana dia gagal terpilih menjadi faktor kepada keputusan itu tetapi menjelaskan ia bukanlah sebab utama.

“Ketika saya mula-mula ditawarkan untuk menjadi calon bagi Parlimen Serdang, persetujuan saya dengan isteri adalah untuk saya berkhidmat selama dua penggal dan kemudian menilai semula keadaan.

“Menjelang penghujung penggal kedua ini, saya percaya bahawa saya telah memberikan usaha yang sebaik mungkin di peringkat kawasan, parti dan negara,” katanya.

Justeru, katanya lagi, kini tiba masanya untuk memberi ruang kepada generasi muda dalam parti untuk mengambil alih kepimpinan. 

Ong juga menyuarakan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Anthony Loke selaku setiasaha agung baru DAP dan menggesa semua pimpinan dan ahli parti itu memberikan sokongan penuh kepadanya.