Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
1,251 kes baharu COVID-19, sembilan kes kematian dicatat -

1,251 kes baharu COVID-19, sembilan kes kematian dicatat

SEBANYAK 1,251 kes baharu COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi sekali gus menjadikan sehingga kini angka jangkitan berkenaan meningkat kepada 4,455,364 kes.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes harian itu membabitkan 1,242 kes penularan tempatan dengan sembilan lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara ini, setakat ini terdapat sejumlah 26,099 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.

Jumlah itu membabitkan 95.7 peratus atau 24,978 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah; hospital (1,026), Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (19), Unit Rawatan Rapi (ICU) (37) dan ICU serta memerlukan alat bantuan pernafasan (39).

Perincian bagi kes yang dikesan semalam, terdapat tiga negeri mencatatkan pertambahan kes tiga angka iaitu paling tinggi dilaporkan di Selangor dengan 438 kes, diikuti Kuala Lumpur (284) dan Pulau Pinang (100).

Selain itu, bagi negeri lain pula ialah Perak dengan 64 kes baharu, Kedah (61), Melaka (57), Johor (50), Negeri Sembilan (43), Sarawak (34), Pahang (27), Sabah (26), Terengganu (19), Putrajaya (17), Kelantan (15), Perlis (14) dan Labuan (2).

Dalam pada itu, data yang dikongsi oleh COVIDNOW turut menunjukkan semalam terdapat 2,599 kes sembuh dilaporkan menjadikan sehingga kini sebanyak 4,393,689 individu sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan.

Mengenai angka korban di negara ini, sehingga kini sebanyak 43,106 kes kematian sudah dilaporkan di negara ini.

Jumlah itu dicapai selepas pertambahan sembilan kes kematian semalam termasuk dua daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Selangor mencatatkan tiga kes kematian, termasuk satu kes BID, disusuli dua kes di Kedah termasuk satu kes BID dan masing-masing satu kes kematian di Perak dan Pulau Pinang.

Sementara itu, bagi pemberian vaksin COVID-19 di negara ini, secara keseluruhannya semalam sebanyak 19,105 dos diberikan, jumlah itu membabitkan 4,382 bagi dos pertama, dos kedua (13,214) dan dos penggalak (1,509 dos).