Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bekas wartawan hiburan Mustafar AR meninggal dunia -

Bekas wartawan hiburan Mustafar AR meninggal dunia

TOKOH wartawan hiburan Mustafar Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Mustafar AR, 79, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini semalam.

Perkara itu disahkan anak kedua Allahyarham, Muszaidi Mustafar, 50, menerusi catatan di Facebooknya.

“Mohon doakan Abah saya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Mustafar yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang kira-kira 10 pagi ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Zaini Yusop, 76, dan empat anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan berusia 41 hingga 51, serta 15 cucu dan dua cucu tiri.

Mustafar mula bertugas sebagai wartawan di Utusan Melayu pada 1972 sebelum bersara pada 1998 selain turut menghasilkan beberapa buah buku termasuk Filem-Filem P. Ramlee bersama seniman Allahyarham Datuk Aziz Sattar.

— BERNAMA