Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jersi Maradona catat rekod dunia dilelong pada harga US$9.8 juta -

Jersi Maradona catat rekod dunia dilelong pada harga US$9.8 juta

 JERSI dipakai Diego Maradona ketika menjaringkan gol menentang England dalam Piala Dunia 1986 dijual dalam lelongan di Sotheby’s, London pada Rabu dengan harga US$9.28 juta sekali gus mencatatkan rekod dunia, lapor Agensi Anadolu. 

Rekod sebelum ini dipegang Babe Ruth untuk jersi yang dipakainya dalam perlawanan musim 1928-1930 bersama New York Yankees yang dijual pada harga $US5.64 juta pada 2019.

Gol jaringan Maradona ketika itu menjadi popular dan dikenali  “hand of God” membolehkan Argentina menewaskan England untuk merangkul Piala Dunia yang kedua dan terakhir pasukan itu setakat ini.

Ketika itu Maradona berusia 25 tahun selaku kapten Argentina.

Maradona, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 25 November 2020 dan dianggap antara bintang bola sepak terhebat dunia. –Bernama