Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wanita rugi RM132,900 ditipu 'Pegawai KKM' -

Wanita rugi RM132,900 ditipu ‘Pegawai KKM’

GARA-GARA panik kerana didakwa meminta ubatan berlebihan di sebuah klinik komuniti, seorang pengurus sumber manusia kerugian RM132,900 setelah menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata wanita  bekerja di syarikat swasta itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan bertugas di Bahagian Pemeriksaan Bekalan Ubatan pada 18 April lepas. 

“Mangsa diminta untuk mengesahkan sama ada pernah mengambil ubat-ubatan seperti panadol, ubat tahan sakit, ubat batuk dan ubat selesema secara berlebihan di sebuah klinik komuniti.

“Mangsa menafikan dakwaan itu namun panggilan kemudiannya disambungkan kepada seorang lelaki lain menyamar sebagai pegawai polis dan memaklumkan mangsa juga mempunyai rekod terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Mahidisham berkata mangsa berusia 47 tahun itu juga ditakutkan sekiranya tidak mengaku kesalahan tersebut, waran tangkap akan dikeluarkan. 

Katanya panik dengan ugutan itu, mangsa membuat pindahan wang sebanyak lima kali ke dalam akaun yang sama bermula 22 hingga 26 April berjumlah keseluruhan RM132,900.

Beliau berkata suspek juga meminta mangsa menunggu keputusan siasatan tersebut dan pada 30 April lepas, mangsa menerima panggilan telefon dan diminta untuk membuat bayaran tambahan.

“Merasakan dirinya tertipu, mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama (April 30) dan suspek kini sedang dikesan. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. 

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menyemak akaun bank atau nombor telefon diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule dan untuk laporan sebarang jenayah ataupun aktiviti mencurigakan supaya menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 0585 atau balai polis berdekatan.

— BERNAMA