Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Anda berada di mana? Kalau di Malaysia, ikutlah hasil rukyah, hisab dan data di Malaysia, soal penyarah ulas polemik penetapan Hari Raya -

Anda berada di mana? Kalau di Malaysia, ikutlah hasil rukyah, hisab dan data di Malaysia, soal penyarah ulas polemik penetapan Hari Raya

PENETAPAN 1 Syawal 1443H bergantung kaedah baharu pencerapan yang dipraktikkan mulai tahun ini berdasarkan rukyah dan hisab.

Kaedah itu dipersetujui dan digunakan empat negara di bawah Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS).

Bercakap kepada BH Online, Pensyarah Pusat Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr Ahmad Irfan Ikmal Hisham, berkata walaupun menggunakan kaedah sama, namun hasil cerapan bergantung hasil rukyah dan hisab serta data negara masing-masing.

“Kesemua negara ini bersetuju untuk menggunakan kriteria baharu di tempat masing-masing. Cuma perlu difahami, hasilnya cenderung untuk tidak sama. Contohnya, Indonesia yang mungkin isytihar Syawal pada esok, ini kerana terdapat sebahagian wilayahnya yang semakin ke barat, menyebabkan ada kebarangkalian untuk nampak anak bulan.

“Indonesia cerap pada waktu yang sama dengan kita (Malaysia) iaitu petang ini. Berbeza dengan Malaysia, dari timur ke barat, tidak ada wilayah di sini yang menepati kriteria berasaskan rukyah dan hisab imkanur rukyah.

“Disebabkan itu, jika kita lihat pada takwim, diletakkan 1 Syawal jatuh pada Selasa. Apa pun, tunggu sahaja pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja malam ini. Semuanya bergantung kepada kuasa Allah SWT,” katanya yang turut berharap umat Islam tidak bimbang mengenai penetapan sambutan Aidilfitri kerana ia dilakukan pasukan pencerap dengan penuh ketelusan menggunakan instrument ditetapkan.

Mengulas kaedah lama pencerapan, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Pahang, berkata ia antaranya mengambil kira umur anak bulan ketika Maghrib.

“Sekiranya umur anak bulan melebihi lapan jam, maka kriteria mencadangkan kemungkinan penampakan anak bulan. Atau altitud bulan melebihi dua darjah atau jarak lengkung di antara matahari dan bulan pada waktu Maghrib melebihi tiga darjah.

“Bagaimanapun syarat baharu telah ditukar iaitu umur anak bulan tidak diambil kira. Kebetulan, umur anak bulan pada petang ini, 14 jam. Jadi jika ikut kaedah lama, kita raya esok. Tetapi dalam masa sama, masih tidak lepas (untuk tetapkan raya esok) kerana jarak lengkungnya tak sampai pun enam darjah. Sedangkan syarat baharu mesti 6.4 darjah,” katanya.

Beliau turut melihat isu ini menjadi polemik hangat khususnya di media sosial disebabkan ada antara masyarakat yang suka membandingkan dengan negara lain.

“Soal saya kepada mereka ini, anda berada di mana? Kalau di Malaysia, ikutlah hasil rukyah dan hisab serta data di Malaysia,” katanya.