Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Khutbah Jumaat Jakim tegur Aliff Syukri? -

Khutbah Jumaat Jakim tegur Aliff Syukri?

DALAM keghairahan meraikan sambutan hari raya, umat Islam diingatkan supaya tidak mencemarinya dengan perkara maksiat dan mungkar.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib Masjid Negara, mengingatkan umat Islam untuk tidak menormalisasikan perbuatan yang haram.

“Jangan normalisasikan perbuatan yang haram. Haram tetap haram! Paling ditakutkan ialah mengundang laknat dari Rasulullah. Baru-baru ini, tular video klip lagu raya yang memaparkan beberapa lelaki yang bertindak menyerupai wanita.

“Terus-terang dikatakan bahawa tindakan ini bercanggah dengan nilai Islam dan hakikat Aidilfitri itu sendiri. Cukup, cukuplah membuat publisiti murahan.

“Itu bukan akhlak Islam, itu bukan ajaran Islam,” demikian menurut khutbah yang disampaikan itu, lapor BH Online.

Justeru, umat Islam yang melakukan kesilapan diminta supaya bertaubat.

“Usah dicemari keberkatan Ramadan dan kesucian Aidilfitri dengan perkara maksiat yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

“Sama-sama kita menegur dan mengambil iktibar mudah-mudahan kita semua dipelihara Allah,” katanya.

Menerusi khutbah sama, khatib mengingatkan umat Islam supaya segera membayar zakat fitrah pada Ramadan ini.

“Usahlah bertangguh kerana dikhuatiri terlupa untuk menunaikannya. Ambillah peluang pada hari ini untuk pergi ke kaunter-kaunter zakat fitrah,” katanya.

Bagi warga kota yang akan pulang ke kampung, khatib mengingatkan masing-masing supaya menjaga keselamatan sepanjang berada di atas jalan raya, memandu dengan berhemah dan cermat serta bersabar supaya semua selamat sepanjang perjalanan nanti.

Khatib juga mengingatkan, umat Islam melakukan amalan yang terbaik dalam bulan Ramadan dan sentiasa bersyukurlah kepada Allah yang memanjangkan usia kita sehingga di fasa terakhir Ramadan tahun ini.

“Berdoalah agar kita bertemu lagi dengan Ramadan dan mohonlah keampunan daripada Allah SWT sebelum berakhirnya Ramadan dan bertaubatlah atas segala dosa yang pernah kita lakukan,” katanya.