Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Stesen TV tolak nama, Shuk Sahar minta penjelasan -

Stesen TV tolak nama, Shuk Sahar minta penjelasan

BAGAIKAN sudah jatuh ditimpa tangga, begitu juga dengan nasib pelawak Shuk Sahar apabila satu persatu dugaan harus ditempuhi olehnya ketika ini.

Ketika rumah tangganya diambang perpisahan, namanya pula ditolak oleh kebanyakan stesen TV. Sudahnya, dia terpinggir sebarang tawaran ketika ini.

Jelas Shuk, dia berharap agar pihak stesen TV memaklumkan perkara tersebut secara rasmi kepadanya sekiranya benar namanya kini di banned oleh pihak berkenaan.

“Kalau nak diikutkan memang ada pihak produksi yang mengajukan nama saya ke pihak stesen TV tapi tiba-tiba sahaja ditolak oleh pihak mereka.

“Sebagai pelakon saya sendiri tak faham dengan keadaan ini. Kalau betul nama saya tak lepas untuk berlakon dan sebagainya, berilah penjelasan secara rasmi.

“Kalau betul saya di banned oleh mereka dalam satu tempoh masa, beritahu. Setidaknya saya dapat aturkan kehidupan untuk buat benda lain,” katanya sayu.

Tambahnya, dia ada bertanyakan hal tersebut kepada pihak produksi namun sehingga ke hari ini tiada jawapan yang diterima olehnya.

Jelasnya, dia seboleh-bolehnya mahukan jawapan berapa lama tempoh masa yang akan diambil oleh pihak stesen TV menyenarai hitamkan namanya.

Bagi meneruskan kehidupan yang semakin mencabar, Shuk bersyukur kerana rumahnya sudah pun dibeli oleh seorang individu baru-baru ini.

Dia terpaksa menjual rumah bagi menampung kehidupan meskipun kediaman tersebut merupakan hasil titik peluhnya.

“Saya bersyukur kerana rumah tersebut sudah dijual. Kebetulan pembelinya memang menyewa berdekatan kediaman tersebut, dia pula memang mencari rumah untuk dibeli.

“Saya sedih kerana terpaksa menjual rumah tu. Padahal itu adalah hasil titik peluh ketika menjadi penyampai Hot FM dulu.

“Tak sangka macam-macam jadi pada saya sampai terpaksa jual rumah. Saya kena tanggung kehidupan, berlakon pun tak ada dah. Sebelum kena lelong baik jual,” tambahnya lagi.

Bagi meneruskan kehidupan, Shuk ada menjalankan perniagaan dan melakukan paid rebiu menggunakan media sosial miliknya.

Sebenarnya kontroversi yang melanda pelawak berusia 36 tahun ini bermula apabila dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang perempuan.

Kebanyakan netizen bersimpati dengan nasib isterinya memandangkan kisah mereka bagaikan sinetron dek pelbagai ‘plot’ berbeza setiap kali menjadi bahan berita.

Tidak cukup dengan itu, namanya sekali lagi panas apabila kisah jenaka rogol bersama pelakon Fauzi Nawawi menjadi perhatian netizen.

Kedua-dua mereka yang membuat jenaka rogol berkenaan dalam sebuah program TV mengundang kecaman ramai dan menganggap perkara sebegitu tidak seharusnya dijadikan bahan lawak.–SB