Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pas tidak sertai khemah besar kerana ada ‘tikus’, ‘kucing’ – Hadi Awang -

Pas tidak sertai khemah besar kerana ada ‘tikus’, ‘kucing’ – Hadi Awang

PAS kekal dengan pendirian menyokong pendekatan perpaduan ummah sekali gus menolak kerjasama ‘khemah besar’ dengan Pakatan Harapan (PH) dalam  Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Memetik laporan Utusan Malaysia, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata parti itu enggan bersama dengan penghuni khemah besar yang diumpamakan sebagai tikus dan kucing yang boleh bercakaran antara satu lain. 

“Pas ada kumpulan sendiri dan kita masih terus melaksanakan agenda perpaduan ummah. 

“Kita tidak ikut khemah besar kerana di dalamnya ada tikus, kucing dan macam-macam. Kita bukan khemah, kita bawa agenda perpaduan ummah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini, hari ini.

Kelmarin, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, parti itu tidak akan menyertai khemah besar dianjurkan PH, meskipun ditawarkan untuk menyertainya.

Katanya, perkara itu sudah dibincangkan secara bersama dalam Perikatan Nasional (PN).

Pandangan itu senada dengan Abdul Hadi yang sebelum ini menegaskan hubungan kerjasama dengan PH sudah lama berakhir dan tidak akan sesekali berulang. 

Sementara itu, Abdul Hadi membayangkan agenda perpaduan yang didukung Pas disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan golongan bukan Islam yang tidak esktrem.