Jurgen Klopp sambung kontrak dengan Liverpool hingga 2026

0
288

PENGURUS Jerman Jurgen Klopp menandatangani kontrak baharu yang akan mengekalkannya bersama pasukan Liverpool hingga 2026, umum kelab Inggeris itu pada Khamis.

“Kami akan kekal untuk tempoh dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun mulai sekarang. Wow. Itu suatu tempoh yang lama bagi arena bola sepak.

“Terdapat banyak perkataan yang boleh saya gunakan untuk menggambarkan perasaan saya tentang berita ini… gembira, rendah diri, diberkati, istimewa dan teruja,” kata Klopp selepas menandatangani kontrak.

Penolong jurulatih Pepijn Lijnders dan Peter Krawietz turut menyertai Klopp menandatangani perjanjian baharu dengan kelab itu.

Klopp, mengendalikan pasukan itu sejak 2015, mengetuai The Reds merangkul kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh tiga dekad pada 2020.

Liverpool turut merangkul gelaran Liga Juara-Juara UEFA, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA.

Dengan 79 mata, Liverpool di tempat kedua ketinggalan satu mata di belakang Manchester City dalam kedudukan Liga Perdana.

Kelab Inggeris itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Villareal pada perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA di stadium Anfield pada Rabu.– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here