Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MARA taja 1,500 pelajar ke universiti luar negara -

MARA taja 1,500 pelajar ke universiti luar negara

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) menaja 1,500 pelajar mengikuti pengajian di universiti luar negara pada tahun ini.

Mereka antara 3,391 pelajar tajaan agensi berkenaan yang sedang melanjutkan pengajian di 24 negara dengan 1,422 berada di United Kingdom (UK).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata program penghantaran pelajar tajaaan agensi berkenaan membabitkan beberapa bidang penting.

“MARA meneruskan usaha memberi tajaan dan biasiswa serta pinjaman kepada pelajar Bumiputera untuk belajar dalam bidang tertentu di universiti luar negara.

“Pogram tajaan, biasiswa dan pinjaman MARA ini sudah berusia 50 tahun. Mereka yang mahu mendapatkan tajaan MARA perlu mencapai keputusan cemerlang dan pada masa sama, memenuhi syarat tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Ceria Ke Sekolah dan Penyerahan Kunci Projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kolej MARA Kuala Nerang, di sini, malam tadi.

Mahdzir berkata, MARA tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan pengajian pelajar tajaannya di universiti luar negara ketika pandemik COVID-19 memuncak dua tahun lalu kerana kelas pengajian dilaksanakan secara dalam talian.

Mengenai pembayaran balik wang tajaan pelajar yang tamat pengajian, beliau berkata, MARA juga tidak mempunyai masalah berkaitan pembayaran balik pinjaman pelajaran.

“Kita tidak tetapkan pelajar tajaan yang pulang perlu bekerja dengan MARA, sebaliknya mereka bebas memilih kerjaya di mana-mana syarikat atau agensi.

“Disebabkan itu kita tidak berhadapan masalah pembayaran balik tajaan kerana pelajar mampu membayarnya balik,” katanya.

Pada majlis sama, Mahdzir turut menyampaikan bantuan Program Ceria Ke Sekolah TNB kepada 257 pelajar Tingkatan Enam dari tiga sekolah di daerah ini, manakala dua keluarga miskin dari Kampung Kuala Tekai, Pedu, menerima kunci rumah kediaman di bawah Projek Baiti Jannati TNB.