Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pegawai polis ‘live’ TikTok masa serbuan ditukar ke SUKSIS UiTM Johor -

Pegawai polis ‘live’ TikTok masa serbuan ditukar ke SUKSIS UiTM Johor

PEGAWAI polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang membuat video secara langsung (live) di aplikasi TikToknya ketika serbuan di sebuah pusat hiburan ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Arahan pertukaran terhadap pegawai kanan itu tular di aplikasi WhatsApp sejak petang Selasa.

Beliau yang sedang bertugas sebagai ASP Operasi Urusetia, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Johor dengan menyandang tugas sebagai ASP Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Teknologi Mara (UiTM) (INDUK).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain ketika dihubungi Kosmo mengesahkan arahan pertukaran pegawai kanan terbabit.

“Betul, dia ditukarkan ke IPK Johor dan perlu melaporkan diri pada hujung bulan Mei depan,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, pegawai wanita yang bertugas di JSJN Bukit Aman dikecam selepas membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok semasa menjalankan serbuan di sebuah pusat hiburan baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 38 saat memaparkan wanita berpakaian jaket seragam operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menerangkan tanggungjawab kerja ketika menjalankan serbuan serta pemeriksaan.

Ekoran itu, Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai berkenaan tanpa memilih bulu dan pangkat.