Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua beradik maut, motosikal terbabas dilanggar lori  -

Dua beradik maut, motosikal terbabas dilanggar lori 

DUA beradik perempuan maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dipercayai hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata dalam kejadian pada 8.54 malam itu, kedua-dua mangsa yang berumur 15 dan 11 tahun maut di lokasi kejadian. 

Beliau berkata semasa kejadian, adik-beradik itu dipercayai dalam perjalanan ingin membeli makanan di kawasan terbabit sebelum terbabas dan terjatuh sehingga gagal mengelak sebuah lori dipandu seorang lelaki yang datang dari arah belakang. 

“Pemandu lori berumur 35 tahun tidak sempat mengelak dan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan. Dia juga negatif ujian saringan air kencing dan ujian alkohol,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohamad Fakhrudin berkata pihaknya meminta saksi yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

Beliau berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti pemilik motosikal selain menyiasat sama ada berlaku kecuaian ibu bapa kerana kedua-dua mangsa tidak memiliki lesen memandu. – Bernama