Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
3,361 kes baharu Covid-19 -

3,361 kes baharu Covid-19

SEBANYAK 3,361 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada Selasa dengan 3,331 kes atau 99.11 peratus daripadanya adalah kategori satu dan dua. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 30 kes lagi atau 0.89 peratus merupakan kategori tiga, empat dan lima. 

Katanya daripada keseluruhan 30 kes bagi kategori tiga, empat dan lima, sebanyak 14 kes tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi, 10 kes telah mendapat dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak manakala enam kes telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, sebanyak 16 kes berumur 60 tahun dan ke atas direkodkan, manakala 17 kes mempunyai komorbid dan satu kes ibu mengandung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini adalah 4,436,912.

Jumlah kes sembuh pula ialah 9,484 menjadikan kumulatif kes sembuh dalam negara sebanyak 4,339,521.

Selain itu, sebanyak 180 kes dimasukkan ke hospital dengan 87 melibatkan kategori satu dan dua manakala 93 lagi terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima.– BERNAMA