Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Saiful keluar Bersatu, bukan masalah besar - Faiz Na'aman -

Saiful keluar Bersatu, bukan masalah besar – Faiz Na’aman

KEPUTUSAN Saiful Bukhari Azlan yang juga bekas pembantu peribadi Presiden PKR meninggalkan Bersatu dilihat bukan masalah besar kepada parti itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman menegaskan beliau sedikit pun tidak kecewa dengan keputusan Saiful malah menghormatinya, namun turut memberitahu, “kehadirannya” dalam parti tidak dirasai pemimpin dan ahli.

Beliau mengakui Saiful mempunyai alasan tersendiri untuk meninggalkan Bersatu dalam tempoh kurang dua tahun selepas menyertai Perikatan Nasional (PN) pada Januari 2021.

“Ada sesetengah orang menyertai parti politik atas sebab peribadi. Saya tidak tahu visi dan jangkaan beliau dalam politik.

“Pemimpin sentiasa datang dan pergi dalam politik. Saiful belum lagi menjadi nama besar dalam arena politik, jadi ia mungkin tidak mencetuskan sebarang fenomena,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Pada Ahad, Saiful Bukhari mengumumkan keputusan mengundurkan diri sebagai ahli seumur hidup Bersatu berkuat kuasa 25 April.

Keputusan itu telah dipanjangkan beliau ke pengetahuan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin melalui sepucuk surat pada 22 April lalu.

Beliau mendaftar sebagai ahli seumur hidup Bersatu bahagian Bentong, Pahang tahun lepas