Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Maaflah kalau tersinggung dengan video lagu saya' - Aliff Syukri -

‘Maaflah kalau tersinggung dengan video lagu saya’ – Aliff Syukri

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, merayu semua pihak tidak mengaitkan ahli keluarganya dalam isu video Aidilfitri mencolok mata yang dilakonkannya baru-baru ini.

Beliau juga turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.

“Saya memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan lagu saya, video saya dan saya nak minta maaf banyak-banyak.

“Saya memohon supaya jangan babitkan keluarga saya, mak saya. Mak saya sedang mengerjakan umrah. Jangan salahkan isteri saya kerana dia tidak bersalah.

“Jangan salahkan bonda, bonda tidak bersalah,” katanya memetik laporan BH Online.

Terdahulu, Aliff Syukri yang tiba di SKMM pada jam 9.58 pagi tadi, memberi keterangan hampir lima jam bagi membantu siasatan berhubung klip video muzik sempena Aidilfitri yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.

Aliff Syukri berkata, beliau berterima kasih dengan pihak SKMM dan beliau sudah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, semalam dilaporkan berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.

Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata.

Ini bukan kali pertama Aliff Syukri terpalit dengan kontroversi berikutan beliau pernah tampil dengan satu klip video muzik bertajuk ‘Bobo di mana?’ pada 2018 yang memaparkan dua individu transgender berpakaian mencolok mata.

Tindakan itu turut mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk ibunya sendiri yang juga usahawan, Rozita Ibrahim.