BILA badan terlebih berisi orang mengata, bila kurus pun tetap dikata.
Itu juga situasi yang dialami oleh Osama Yamani yang juga merupakan anak sulung kepada Datuk Jamal Abdillah apabila ramai yang tertanya-tanya sebaik sahaja melihat penampilan terbarunya.
Sosok tubuh badan yang semakin kurus dan tidak lagi berisi seperti dahulu membuatkan penampilan jejaka yang berusia 21 tahun itu lebih menarik dan menyerlahkan lagi dirinya.
“Ayah pun terkejut bila tengok penampilan terbaru saya sampai dia tanya kau hisap dadah ke? Kurus sangat,” kata Yamani bercerita.
Jelasnya dia melakukan perubahan bukan semata-mata mahu kurus dan berpenampilan menarik sebaliknya juga untuk kesihatan.

“Kalau nak tahu berat badan saya pernah mencecah 112 kilogram (kg) sebaik sahaja tamat pertandingan Big Stage 2020. Dan sekarang saya amamlkan pemakanan cara baharu untuk jaga berat badan.
“Pernah sekaki berat badan turun sampai 69 kg pada awal tahuh yang lalu. Tapi sekarang saya selesa dengan berat 75 kg. Badan pun selesa sahaja dan tak berat macam dulu lagi,” katanya bercerita.
Dalam pada itu, dia mengakui melakukan beberapa amalan kesihatan seperti mengurangkan pengambilan kalori dan mengurangkan minum bergula dalam diet seharian.
Jadual makan juga dikawal agar dia tidak ‘terbabas’ makan pada waktu makan dan hanya akan mengambil bubur sahaja sekiranya lapar.

“Kalau selepas 10 malam masih lapar, saya akan ambik bubur atau snek sihat sahaja. Nak kurangkan berat badan ni kena ada disiplin, itu sahaja kuncinya.
“Sebenarnya bulan Ramadan ni lebih memudahkan lagi proses untuk menjaga makan. Saya sendiri kadang-kadang makan sekali sahaja sehari.
“Tapi saya tak mahu terlalu kurus sangat sebab pandangan orang akan jadi lain pula,” katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.–SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.