GEMPA bumi lemah dengan magnitud 3.7 pada skala Richter berlaku di Kundasang, Sabah pada 9.28 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada jarak 14 kilometer (km) barat laut Ranau, Sabah.
Menurut kenyataan itu, gempa yang berlaku pada kedalaman 10km itu telah menyebabkan gegaran dirasai di Ranau.– BERNAMA
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.