BILIONAIR yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk telah menandatangani perjanjian bagi pembelian Twitter Inc dengan bayaran secara tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.5 bilion).
Perkara itu sekaligus bakal menyaksikan pertukaran pemilikan platform media sosial berkenaan.
Musk yang menyifatkan dirinya sebagai pendukung kebebasan bersuara, sebelum ini mengkritik pendekatan Twitter bahawa algoritma yang mengutamakan ciapan tertentu harus berupaya diakses oleh ramai.
Musk turut menyelar peruntukkan kuasa berlebihan terhadap syarikat yang melanggan perkhidmatan pelanggan di platform itu.
Pihak lembaga telah meluluskan transaksi pembelian Twitter dan kini tertakluk kepada undian dalam kalangan pemegang saham.
Dalam pada itu, penganalisis turut menjangkakan tiada kekangan berhubung aspek kawal selia selepas ini.
Perbincangan berhubung perjanjian jual beli itu dilakukan pada minggu lalu dan dilihat tidak menentu, namun prosesnya dipercepatkan selepas Musk ‘memikat’ pemegang saham menerusi butiran kewangan di sebalik penawarannya.
Twitter yang berdepan tekanan mula berunding dengan Musk yang ingin membeli syarikat itu pada kadar harga AS$54.20 (RM235.82) bagi setiap unit saham.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.