Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rossa dipanggil beri keterangan kes pelaburan haram -

Rossa dipanggil beri keterangan kes pelaburan haram

JIKA sejumlah selebirti Indonesia sebelum ini sudah dipanggil membantu siasatan kes penipuan skim atas talian DNA Pro, kali ini giliran Rossa pula dipanggil memberikan keterangan.

Ketua Bahagian Penerangan Awam Bahagian Perhubungan Awam Polis, Komisioner Gatot Repli Handoko mengesahkan perkara tersebut.

Jelasnya, penyanyi yang popular dengan lagu Takkan Berpaling Dari-Mu itu hadir pada petang Khamis memberikan keterangan apabila namanya terkait sama.

“Rossa sudah mengesahkan kehadiran untuk pemeriksaan pada petang Khamis,” ujarnya seperti yang dipetik dari laporan media tempatan di sana.

Bagaimanapun belum dapat dipastikan lagi sejauh mana penglibatan penyanyi tersebut dengan syarikat yang menjerat sejumlah selebriti sebelum ini.

Selain Rossa, antara selerbiti lain yang sudah dipanggil memberi keterangan adalah Ivan Gunawan, Billy Syahputra, pasangan Rizky Billar dan Rizky Kejora, dan Yosi.

DNA Pro merupakan sebuah syarikat yang menjalankan pelaburan saham atas talian dan telah beroperasi secara haram.

Aktiviti penipuan mereka mula dihidu sejak awal April dan kerugian semua mangsa terlibat dianggarkan kira-kira RM23 juta.