Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelakon veteran Aripah Damanhuri kritikal, terpaksa 'ditidurkan' -

Pelakon veteran Aripah Damanhuri kritikal, terpaksa ‘ditidurkan’

PELAKON veteran Aripah Damanhuri dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam apabila paras oksigen menurun dan terpaksa ‘ditidurkan’.

Perkara tersebut dikongsi oleh anaknya yang memaklumkan keadaan semasa ibunya yang berhadapan dengan beberapa masalah kesihatan sebelum ini.

“Assslamualaikum, saya Boy anak kepada Arifah Damanhuri nak berintahu yang mak sekarang ‘ditidurkan’ di HKL.

“Doktor syak ada kuman dalam paru-paru. Mohon semua doakan agar urusan mak dipermudahkan,” kata Boy dalam satu WhatsApp yang dihantar kepada rakan-rakan terdekat.

Pelakon yang berusia 73 tahun itu pada dasarnya tidak menghidap apa-apa penyakit kronik melainkan pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh akibat gout sebelum ini.

Jelas Boy lagi, sebaik sahaja dibenarkan keluar dari hospital sebelum ini, ibunya mula hilang selera makan namun keadaannya masih lagi terkawal.

Namun sejak semalam dia mula tidak memberikan respons dan mereka segera membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Paras oksigen menurun dan tekanan darahnya juga rendah. Sebab itu doktor mengambil keputusan untuk menidurkan ibu.

“Doktor ada beritahu ada beberapa organnya terjejas tapi bukanlah rosak. Apa-apa pun kami akan maklumkan keadaan ibu dari semasa ke semasa,” tambahnya lagi.

Sebagai info, Arifah merupakan kakak kepada pelakon Normah Damanhuri dan banyak terlibat dalam puluhan drama sejak 1980-an lagi.

Dia juga sudah bersara daripada dunia lakonan sejak lima tahun yang lalu.