Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kaji semula perbezaan layanan undang-undang antara wakil rakyat dan penjawat awam – Rais Yatim -

Kaji semula perbezaan layanan undang-undang antara wakil rakyat dan penjawat awam – Rais Yatim

PELEPASAN wakil rakyat baik Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri untuk terus bertugas biarpun disabit kesalahan rasuah merupakan satu perkara yang perlu dilihat semula.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Tan Sri Rais Yatim berkata, perkara itu dilihat tidak adil apabila anggota perkhidamatan awam akan digantung tugas selepas disabitkan kesalahan.

Yang Di-Pertua Dewan Negara itu berkata, bagi memastikan prinsip hak sama rata di negara ini, perbezaan layanan sebegitu memerlukan kajian yang teliti.

“Penting kesamarataan dalam kerja-kerja anti rasuah, berlaku di tanah air, khasnya ikut kehendak Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, misalnya setelah saya sebut sebentar tadi, seseorang pengkhidmat awam didapati bersalah di mahkamah, digantung kerja, tidak bertugas, tapi Ahli Parlimen, ADUN tidak digantung.

“Kononnya mereka bergantung kepada Perkara 48 Perlembagaan Pesekutuan. Pendapat saya itu tidak betul, mesti ada mekanisme kerajaan untuk mencutikan seseorang itu daripada bertugas, setelah mahkamah didapati beliau bersalah, dalam mana-mana perakuan jenayah rasuah atau jenayah biasa,” katanya.

Rais berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Buku Ulasan 2020, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Bangunan Parlimen, pada Rabu lalu.

Hadir sama, Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Mohd Azam Baki.

Tambah beliau, pihak penggubal dasar termasuk Jabatan Peguam Negara sewajarnya menjalankan kajian dan seterusnya membuat pindaan bersesuaian, suapaya setiap individu mempunyai hak sama rata di sisi undang-undang. –SB