Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bertahan tiga bulan, Mak Wan Latah sah bercerai -

Bertahan tiga bulan, Mak Wan Latah sah bercerai

PERKAHWINAN ketiga pelakon veteran, Mak Wan Latah, 61, hanya bertahan selama tiga bulan apabila dia sah bercerai talak satu dengan suaminya, hari ini.

Lafaz cerai tersebut dibuat oleh suaminya, Husain Dolah di hadapan hakim, Sabarudin Bidin bertempat Mahkamah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menurut laporan media tempatan, Husain yang tinggal di Kuala Pilah hadir ke mahkamah dengan ditemani anak, menantu dan pihak peguam yang mewakilinya, Husna Hamdan.

Menurut Husna, pihaknya telah memfailkan penceraian pada 24 Mac lalu dan prosiding hari ini merupakan sebutan pertama kes berkenaan.

“Pihak kami telah memfailkannya kes penceraian ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April.

“Namun Mak Wan tak dapat hadir pada hari ini dan dia kena maklumkan kepada mahkamah dengan alasan yang munasabah,” katanya.

Terdahulu, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud berkahwin dengan Husain, 74 pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Mereka diadakan majlis resepsi seminggu kemudian di Kuala Pilah Negeri Sembilan yang meriah dihadiri rakan-rakan artis dan teman terdekat. – SB