Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin santuni penduduk Pagoh sempena Ramadan -

Muhyiddin santuni penduduk Pagoh sempena Ramadan

AHLI Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Selasa menyantuni penduduk Pagoh pada majlis berbuka puasa bersama masyarakat setempat di Masjid Ar Rahman, Kampung Tui, Bukit Kepong.

Pada majlis itu Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, turut menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan harian kepada 25 buah masjid dan 32 buah surau di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong.

Seramai 320 asnaf turut diraikan pada majlis ini.

Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa menziarahi Setiausaha Bersatu Bahagian Pagoh, Atiman Kadar yang mengalami strok di kediamannya di Kampung Sungai Alai, Panchor.

“Bersama keberkatan Ramadan, saya doakan sahabat saya ini diberikan kesembuhan dan dapat kembali menyumbang bakti kepada parti dan masyarakat setempat,” katanya.