Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Operasi Lejang:30 ditahan terlibat kecurian kenderaan -

Operasi Lejang:30 ditahan terlibat kecurian kenderaan

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

JABATAN Siasatan Jenayah Johor (JSJJ) menangkap 30 individu terlibat dalam kesalahan kecurian kenderaan menerusi Operasi Lejang yang diadakan pada 22 Mac lalu hingga kini.

Ketua JSJJ, Senior Asisten Komisioner Shahrurinain Jais berkata, menerusi operasi tersebut juga pihaknya merampas 24 kenderaan curi dan 117 barangan lain.

“Menerusi operasi ini 56 pemeriksaan dilakukan dan daripada jumlah itu, 30 individu ditahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kadar jenayah di negeri itu bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini menurun sebanyak 339 kes bersamaan 22.16 peratus dengan purata kes jenayah 11 kes sehari.

Katanya, jenayah harta benda juga menunjukkan penurunan 22.55 peratus manakala jenayah kekerasan menunjukkan penurunan 20.54 peratus.

Jelasnya, secara keseluruhan indeks jenayah di negeri itu masih terkawal dan sebagai persediaan menghadapi musim perayaan dan pembukaan sempadan antarabangsa, JSJJ giat melancarkan pelbagai operasi serta aktiviti cegah jenayah secara agresif.

“Ini termasuk membanteras kegiatan hiburan, perjudian, dan maksiat. Ini bagi memastikan Johor bebas daripada jenayah, selamat diduduki dan dikunjungi pelancoing dalam dan luar negara,” katanya. – SB