Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis kesan warga asing enggan pakai pelitup muka tunjuk isyarat lucah -

Polis kesan warga asing enggan pakai pelitup muka tunjuk isyarat lucah

POLIS sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tular seorang lelaki warga asing yang berang ketika ditegur tidak memakai pelitup muka sehingga mengeluarkan kata kesat dan menunjuk isyarat lucah kepada pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Jalan Ampang. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata rakaman video berdurasi 18 saat yang telah dimuat naik di akaun TikTok dan Twitter itu dikesan semalam dan laporan juga telah dibuat oleh pihak keselamatan pasar raya tersebut. 

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil memberi maklumat atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju menerusi talian 03-92899222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

— BERNAMA