Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam letupan paip gas dan kemalangan bas di Mesir -

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam letupan paip gas dan kemalangan bas di Mesir

TIADA rakyat Malaysia yang terkesan dalam dua insiden di Mesir iaitu letupan besar saluran paip gas di Nasr City, Kaherah pada Khamis dan kemalangan melibatkan sebuah bas di Aswan pada Rabu. 

Kementerian Luar Negeri dalam mengesahkan hal in berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah berhubung dengan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar-pelajar yang menginap di sekitar Nasr City bagi memastikan keselamatan mereka.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing, kata kementerian melalui kenyataan Khamis malam.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di Mesir 21, Al Aanab Street, Mohandessine, Giza, atau hubungi melalui Tel: +201200276388 atau E-mel: mwcairo@kln.gov.my.

Menurut laporan media Mesir letupan berhampiran Al-Ahly Club di Nasr City menyebabkan kebakaran besar dan kemalangan bas dengan sebuah lori di Aswan pula menyebabkan 10 orang maut termasuk lima pelancong asing.- BERNAMA