TIDAK mahu terus menagih simpati, Fendy yang juga merupakan pemain drum kumpulan Caliph Buskers mahu terus ‘berlari’ mencari rezeki.
Jika fasa pandemik yang pernah dilalui membuatkan dia putus mata pencarian, kali ini dia bersyukur kerana dapat terus bermain muzik untuk mencari pendapatan.
Meskipun Ramadan kali ini tidak semeriah dahulu, dia gembira dapat terus bermain muzik di beberapa tempat demi menyara kehidupan seharian.
“Alhamdulillah saya dapat bersama dengan rakan-rakan yang lain mencari sesuai nasi dengan membuat busking di beberapa tempat yang dijemput.
“Cuma kadang-kadang kami busking pun duit yang diperoleh cukuplah untuk kami bahagikan seorang sedikit meskipun jumlah itu tidaklah banyak.

“Kadang-kadang bila ditolak semua kos pengangkutan, kos sewa barang dan lain-lain. Keuntungan yang diperoleh kecil tetapi kami tetap bersyukur,” katanya.
Sepanjang Ramadan ini, Fendi berada di kompleks PKNS Bangi semoena Festival Ramadan Selangor yang diadakan di sana.
Meskipun keadaan sekarang sedikit berbeza jika mahu dibandingkan dengan keadaan sebelum pandemik melanda, dia gembira kerana masih ramai yang bersimpati kepada pemuzik sepertinya.
“Ramai pemuzik lagi terkesan dan bukan hanya saya seorang. Bila adanya penganjuran acara seperti ini, dapatlah kami mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan raya nanti.

“Saya tak pernah merungut dengan perkara ini. Semua orang pun bekerja keras untuk mencari rezeki masing-masing, nak tak nak kena harungi juga,” kata duda anak satu ini.
Dalam pada itu, Fendy turut menambah gang semua anggota Caliph Buskers terpaksa berpecah sepanjang Ramadan kali ini.
Mereka memilih kawasan busking sendiri dan tidak tertumpu dalam satu persembahan yang sama sahaja bagi memastikan dapat mencari rezeki.
“Tak boleh tumpu kawasan yang sama. Kalau pendapatan diterima kurang, nanti sikit sahaja kami peroleh. Jadi buat masa ini masing-masing bergerak sendirian,” tambahnya lagi.–SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.