Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pejalan kaki tiba-tiba lompat atas cermin kereta dicekup polis -

Pejalan kaki tiba-tiba lompat atas cermin kereta dicekup polis

SEORANG lelaki yang bertindak melompat ke atas cermin hadapan sebuah kereta secara tiba-tiba dalam satu kejadian Jalan Goh Hock Huat, Klang, Selangor, minggu lalu telah dicekup polis pada Jumaat.

Lelaki yang merupakan warga Myanmar berusia 25 tahun itu ditahan di tempat kerjanya di Jalan Shapadu Rantau Panjang di sini, sekitar jam 10 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, penahanan itu dilakukan sepasukan polis menerusi hasil maklumat mengenai suspek.

Menurut beliau siasatan awal mendapati lelaki itu tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian itu turut tular menerusi satu video berdurasi 45 saat yang dimuat naik ke sebuah laman Facebook persatuan penduduk pada Khamis.

Video berkenaan memaparkan seorang lelaki yang berada di tengah jalan tiba-tiba melintas dan terus berlari melompat ke arah cermin depan kereta tersebut.

Pihak polis memulakan pencarian lelaki berkenaan setelah menerima laporan daripada pemandu kereta terbabit pada jam 12.08 tengah hari, 7 April lalu.

Menurut Vijaya Rao, pengadu memaklumkan kepada pejalan kaki itu bahawa keretanya mempunyai rakaman kamera papan pemuka sejurus kemalangan, namun lelaki berkenaan terus beredar dengan hanya kecederaan ringan.–SB